Masih teringat beberapa bulan yang lalu, salah seorang kawan dari luar negara menyatakan hasrat dia untuk menukar warga negara yang sedia ada. Dia menyatakan hasrat untuk menjadi warga negara Canada. Saya bertanyakan kenapa? Dia menjawab bahawa pemegang pasport Canada lebih mudah untuk ke mana-mana negara atau dengan kata lain pasport Canada sangat berpengaruh. Selain dia berkata "kalaw saya memiliki pasport yang berpengaruh ini, bila saya sampai ke negara lain.. tu.. pegawai imigresen akan tabik". Sambil melakukan aksi 'tabik springnya. Apa lagi, lalu saya tergelak-gelak mendengar kenyataanya..
Ok... Untuk makluman.. Ketika ini ( tahun 2017) kedudukan pasport Malaysia adalah sebaris dengan pasport Canada, termasuk juga pasport Ireland dengan berkedudukan di tangga ke-5 dunia dan sejumlah 154 buah negara mampu dilawati tanpa memerlukan visa. Negara yang memiliki skor paling tinggi adalah negara Jerman (158 buah negara) dan tangga kedua dimiliki oleh negara Sweden dan Singapura (157 buah negara).
Jadi tak salahkan kalaw saya tergelak bila memiliki pasport Canada pegawai imigresen akan tabik spring, sedangkan pasport Malaysia juga sebaris dengan Canada. Ermm.. Tak de pulak yang tabik spring.. Walaupun sebenarnya tahu dia hanya melawak dengan tabik spring dia tu.. haha..
Untuk mendapatkan sumber maklumat terkini mengenai kedudukan pasport. Boleh layari ke laman web Passport Index
Nice entry, may visiti us at http://hotistagram.blogspot.my/
ReplyDelete