Untuk siri yang pertama saya telah menerangkan serba sedikit mengenai pengangkutan awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth. Untuk siri yang ke dua ini saya akan menerangkan sistem pengangkutan awam yang terdapat di dalam bandaraya dan terakhir sekali mengenai pengangkutan awam antara negeri. Bagi yang masih belum mengikuti siri satu bolehlah membacanya.
PENGANGKUTAN AWAM
Jaringan pengangkutan awam yang dikendalikan oleh pengendali utama iaitu Trans Perth merupakan nadi penghubung di dalam bandaraya Perth. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang bukan sekadar bas dan tren sahaja. Malah meliputi perkhidmatan feri.
Cat Bus
Boleh saya katakan perkhidmatan awam yang disediakan oleh pihak Trans Perth memberi perkhidmatan yang baik dan cekap. Ini kerana anda boleh merancang perjalanan, dan anda juga boleh menjangkakan berapa lama anda akan sampai untuk satu-satu destinasi.
a) Bas
Untuk katogeri ini, ia terbahagi kepada dua jenis; berbayar dan percuma.
i) Bas Percuma
- (CAT BUS)
Perkhidmatan bagi laluan percuma ini hanya meliputi sebahagian kecil sahaja di dalam pusat bandaraya. Sebagai contoh gambar di bawah, peta bagi laluan 'CAT BUS'. Untuk menaiki bas ini, tunggu di laluan bas ini (pastikan di perhentian bas), tahan dan naik sahaja. Jika anda menaiki Blue Cat Bus, ia akan membawa anda sepanjang laluan untuk Blue Cat Bus sahaja.
Peta Laluan CAT BUS
Terdapat empat jenis 'CAT BUS' iaitu Blue Cat, Green Cat, Red Cat dan Yellow Cat. Untuk mengetahui ianya 'CAT BUS', lihat pada paparan skrin hadapan bas. Terdapat paparan yang menyatakan ia adalah jenis 'CAT BUS'. Atau anda juga boleh lihat corak pada badan bas yang dilukis dengan gambar kucing.
ii) Bas Berbayar.
- Bas Pengangkutan Awam
Perkhidmatan Pengangkutan Awam berbayar ini dikendalikan oleh Trans Perth. Perkhidmatan ini menyediakan bayaran secara tunai, iaitu membeli tiket di mesin layan diri atau membayar terus kepada pemandu bas. Bukan itu sahaja, anda mempunyai pilihan untuk menggunakan kad 'Smart Rider'. Fungsi kad Smart Rider ini sama sahaja seperti kad Touch and Go di negara kita. Kelebihan menggunaan Smart Rider ini adalah pengguna akan diberikan diskaun sehingga 25%. Rujuk disini.
Jika anda membayar secara tunai iaitu membeli tiket di mesin layan diri, apa yang perlu anda tahu adalah lokasi yang hendak anda tuju berada di zon berapa. Jika tidak tahu, tanya sahaja petugas yang berada di stesen. Jika anda menggunakan Smart Rider, usah khuatir, anda perlu tag on dan tag off sahaja di laluan masuk dan keluar. Mudah bukan.
Penggunaan tiket yang disini adalah berbeza di negara kita. Mereka akan membahagikan kawasan mengikut zon, setiap zon akan dikenakan cas yang berbeza. Apa yang menarik adalah, tiket boleh digunakan seberapa banyak kali didalam zon sehingga tamat tempoh. Jika anda didapati menipu dalam pembelian tiket, sebagai contoh anda membeli tiket untuk ke zon dua tetapi anda menggunakan perkhidmatan awam sehingg zon 5, anda akan dikenakan denda oleh pihak Trans Perth.
Anda juga perlu mengetahui bilakah waktu bermulanya perkhidmatan dan berakhirnya perkhidmatan. Ini kerana, pada hari bekerja perkhidmatan akan tamat lebih awal dan masa akan dilanjutkan pada hujung minggu. Jika anda berada di sana (luar sedikit dari pusat bandar) pada pukul 9 malam, anda akan dapati suasananya seperti jam 3 pagi di Malaysia. Lengang dan sangat sukar melihat masyarakat berada di luar.
Antara perkara yang perlu anda tahu jika menggunakan bas ini adalah, anda perlu menunggu dikawasan perhentian bas. Bas tidak akan berhenti selain dikawasan perhentian bas. Pernah sekali saya hendak turun dikawasan bukan perhentian bas. Selepas sahaja saya membunyikan loceng, bas hanya berhenti di kawasan di perhentian bas. Jadi, saya perlu berjalan semula kira-kira 200m dari tempat saya turun. Tapi, jangan risau... Banyak perhentian bas disediakan di laluan-laluan bas, cuma tinggal lagi ada besediakan tempat berteduh atau tidak. Hasil daripada disiplin pemandu-pemandu bas ini untuk mengambildan menurunkan penumpang, ia sebenarnya mengurangkan ganguan terhadap kenderaan lain jika bas hendak berhenti. Maka, kesesakan lalu lintas juga dapat dikurangkan.
- Perth Hop On Hop Off bus tour
Perkhidmatan ini juga adalah perkhidmatan yang berbayar. Cas akan dikenakan sebanyak AUD 35 bagi dewasa dan AUD 12 bagi kanak-kanak. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.
Bagi mereka yang gemar dalam photography juga sesuai menaiki bas ini. Dapat melihat pemandangan tanpa ganguan di atas bas. Bas ini akan membawa anda ke kawasan-kawasan seperti berikut:
Stop 1 - Gray Line Tour Departure Point - Barrack Street Jetty / Swan Bell Tower
Stop 2 - 471 Hay St - City shopping
Stop 3 - Cultural Centre - Museum and Art Gallery
Stop 4 - Crown Perth - Casino / restaurants / Burwood Park Heritage Walk
Stop 5 - Perth Mint
Stop 6 - Kings Park - Tree top walk / panoramic city views
Stop 7 - Roe Gardens - DNA Tower / Swan River and City Views
Stop 8 - Synergy Parklands - Family playground
Stop 9 - Harbour Town - Discount Shopping
Stop 10 - 300 Murray St - Railways Station / Shopping Mall
Stop 11 - 56 William St - Shops
b) Teksi
Berdasarkan pemerhatian saya teksi jenis 'Swan Taxi' lebih mudah didapati berbanding syarikat lain. Mungkin syarikat ini mempunyai modal yang besar. Pernah sekali saya menggunakan teksi, dari syarikat apa tidak berapa pasti sebab ketika itu sudah malam dan agak penat untuk perjalanan ke International Airport. Teksi yang saya ambil mengenakan cas berdasarkan masa. Kalaw tidak silap saya, setiap sepuluh saat akan naik AUD 0.15 (tahun 2014). Erm.. tak berapa nak ingat sangat... Dari segi harga, ya.. Lebih mahal jika dibandingkan yang lain, tetapi lebih selesa dan cepat.
c) Feri
Denstinasi, laluan, dan perhentian yang disediakan oleh pengendali utama Trans Perth boleh dikatakn memudahkan pengguna yang menggunakan perkhidmatan awam. Bukan sekadar menyediakan perkhidmatan tren dan teksi. Malahan, perkhidmatan feri juga disediakan. Feri Transperth pula hanya menghubungkan dua kawasan yang dipisahkan oleh Sungai Swan. Sekitar 10 minit sahaja masa diambil dari Elizabeth Quay Jetty ke Mends St Jetty. Untuk mengetahui dimana terletaknya Elizabeth Quay Jetty, ia terletak tidak jauh dari Bell Tower.
d) Tren
Tren dilihat menjadi pengangkutan utama yang menghubungkan kawasan luar bandar ke kawasan bandaraya Perth selain kenderaan persendirian. Ini kerana laluan tren akan menghubungkan kawasan-kawasan utama di dalam bandar. Jadi tidak hairanlah ramai yang menggunakan tren. Laluan yang bermula dari Perth Underground dan akan berakhir di beberapa kawasan seperti di Armadale, Clarkson, Fremantle, Midland dan Mandurah.
Tahukah anda sebenarnya tiket yang dibeli oleh anda boleh digunakan untuk manaiki bas dan tren dengan satu transkaksi atau kata lain membeli hanya dengan satu tiket sahaja. Asalkan zon adalah betul dan tiket masih sah. Sebagai contoh, saya berada di Joondalup (zon 3). Saya membeli tiket daripada pemandu bas dan saya menyatakan saya hendak ke zon 1. Bas yang anda naiki akan membawa anda berhenti di stesen tren berhampiran atanu mana-mana stesen tren yang berada dilaluan bas. Tiket yang anda beli tadi masih boleh digunakan untuk menaiki tren tanpa membeli tiket baru. Asalkan sah digunakan.
Tren yang disediakan adalah mesra Orang Kurang Upaya (OKU), malahan basikal juga dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam tren dan begitu juga di dalam feri. Tetapi basikal tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bas.
2. Sistem pengangkutan awam antara negeri.
Sistem pengangkutan awam yang terbaik untuk digunakan antara negeri adalah menggunakan kapal terbang. Ini kerana keluasan negara Australia amat besar. Sebagai contoh dari Melbourne ke Perth mengambil masa lebih kurang dua jam. Dari segi harga, untuk laluan domestik ini, sekitar AUD150 untuk satu hala (Melbourne-Perth). Tetapi ia bergantung kepada harga tawaran yang diberikan oleh syarikat penerbangan.
tq, berkongsi ilmu
ReplyDelete